Diposkan pada 16.11.09 oleh humyra
[NuRuL_AiZa_RaHaYu]
Friday, July 03, 2009
easy to forgive, hard to forget
Pada suatu hari,Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. Untuk apakah paku-paku ini ayah?,tanya pemuda tersebut. Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata .Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.
Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.
Diposkan pada 3.7.09 oleh humyra
[NuRuL_AiZa_RaHaYu]
Monday, May 25, 2009
friendship award
rule:
1. Put this badge in your awesome blog.
2. Award this badge to 10 bloggers whom you think are inspirational and friendly.
3. Make sure you put the 'recipients' names here, along with their links.
4. Let them know about this
Salaam. mcm2 award plak skrg nih kn. erm, papepun thanx a lot wat Mardhiyyah yg sudi ks award ni kt ana. tgh konpius lg ni. cmane leh dpt award nih. hihi.
Mar. cmane ek leh knal bdk nih. lupe plak ;p jgn marah Mar nnt cpt tua. erm, sbnrnye bru je knal xsmp 4bulan pn lg, tp cm da 4tahun knal. yg bestnye, Mar ade byk psamaan ngn ana. ske minum Nestum, ske mkn cendawan, ske "berderak", ske bwk kete ganas2 n menakutkn kete2 lain, ske gelak (selang 5saat bckp mst gelak), kuat jeles (hahaha), kuat merajuk tp mudah dpujuk (ngeh3 abisla ana ngn Mar pasnih), ske makan (tolak batu n kayu je), ske mnyanyi (w/pn serak2 basah), ske budak2, n ape lg ek.. byknyee.. xlarat nk taip ni. bezanya, Mar xske kopi radix tp ana sukeeee.... hehehe.. yg peliknye, ana ni tua 2tahun dr dia.. tp leh kwn cm sebaya je.. pelik2.. Mar ni mmg sporting abis.. umi Mar baaaik sgt.. lg 1, Mar ni adlh penasihat pemakanan n kesihatan ana.. ringkasnye, "doktor peribadi" ana. ingt tu Mar, klu da jd doktor nnt jgn lupa bkhidmat ngn akak. heee
Senior2 Uniten
KakLydia,naqibah usrah ana yg ptama. sgt baik hati,kaya dgn ilmu. ana ske sgt korek ilmu dia. hehe. skrg da branak-pinak da. K.Fiza,K. Alin,K.Aini Naqiah,K.Haida,K.Liza,K.Iza,K.Dee,K.Lai,K.Jan,K.Fiza Razak,K.Ila,K.Nisah,K.Fatien,K.Lina, K.Lia n sume kakak2ku. mereka sume adlh sumber inspirasi ana. trima kasih kakak2ku ats kasih sayang kalian slma ni.
Kwn2 Uniten
Kwn2 Uniten yg sgt ana rapat antranya, Nuha,Zura,Hanim,Ziera,Adaa,Suhailah,Hanisah,Haryati,Fadzlena,Aimi Syairah,Aida Farisa,Amni Qistina. Smuanya dkenali bmula dgn usrah ms foundation year dlu then diikuti dgn pgrm2 anjuran Psatuan Pengajian Islam (PPIUniten) yg mengeratkn lg ukhuwwah antra kami. Alhamdulillaah, mereka sume kwn2 yg sgt baik n mnjd contoh buat ana. Syukur krn dkurniakn shbt2 spt mereka.
Junior2 Uniten
Sjak senior2 n rmai kwn2 yg abis blaja dlu da kua dr Uniten, ana lbh rapat ngn junior. Hidayah,Fizah,Rohaizah,Sahila,Shimut,Shafa,Safiah,Aimi Liyana,Fairuz,Hajar,Zaidah, Hatika,Nadhirah,Ema dll. Mereka sume junior2 yg best gile. layan ana cm kwn je. xrespect senior lgsg. hehe gurau je. diorg mmg best. ana jd sebaya ngn diorg plak. tu yg best tu. terasa muda bl kwn ngn diorg. huhu. maklumla sume "kanak-kanak" lg. trima kasih adik2ku sume. akak pasti rindukn korg tatkala kita xbsm lg nnt. akak syg korg tau. T_T
rasanya itu sahaja kawan2 yg ana nk ks award wat ms ni. skrg kwn2 sume da m'bw haluan msg2. kerjaya msg2, rumahtangga msg2, keluarga msg2. rindu sgt saat bl bsama, tawa dn airmata dkongsi bsama. skrg kwn plg rapat ana adlh mama n papa. tp jgn lupa, manusia itu smuanya akn pergi 1 hari nnt. jdkn Al-Qur'an sbg kwn yg plg rapat dgn kita. insyaaAllah, ke kubur pn dia akan temani kita. jdlah "Sahabat Al-Qur'an". insyaaAllah.
~trima kasih wat Mar sudi jd kwn akak n ks award ni. akak xbiase award2 dlm blog ni hehe. lgpn kwn2 xsmua yg ade blog. msg2 sume tgh bz dgn urusan msg2. hnya segelintir je yg sllu update blog. papepn, thanx a lot Mar! klu update blog lg n ade entry2 best, bgtau akak ye.
Diposkan pada 25.5.09 oleh humyra
[NuRuL_AiZa_RaHaYu]
Friday, May 22, 2009
Kekuasaan Allah
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan
tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak.. Diperiksanyabeberap a bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara
ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa ,"Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin" Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya
semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu.Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe,Amin"
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun keranakeyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah
pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.
Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa dan meneruskan perjalanan.Sampai di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya.Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.
Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum
menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.
Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu- satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.
Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup
menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang.Namun jauh d i sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya
terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe,tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi.Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.
Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa
hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...
Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih
mengetahui apa yang kita perlukandan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yangdipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan
Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU,menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan..
~Subhaanallaah.. fikir2kanlah.. trima kasih Ya Allah.
Diposkan pada 22.5.09 oleh humyra
[NuRuL_AiZa_RaHaYu]
tp kn,kopi Radix tu mmg bagus diamalkn, Alhamdulillaah,dgn izin Allah yg telah mnjadikn Kopi Radix tu sedemikian rupa. klu org tny,sedap sgt ke kopi Radix tu,ana akn jwb,"nk kata sedap tu,xla jugak. ia minuman kesihatan. tentula xsesedap nescafe or milo yg kite tgh boikot tu. minuman kesihatan pasti la kandungan gula nya kurang, then kopi Radix ni plak mmg bhn utama nya herba2. of course la org yg biase minum nescafe akn rs len mcm klu minum kopi Radix,tul x?" tp ana yg da amalkn sjk bulan Mac br ni smpai skrg, Alhamdulillah rasa selesa n serasi la ngn kopi Radix ni. hehe. Alhamdulillah,bykla perubahan. tp sume tu dr Allah jugak. kite cuma usaha dn do'a pd Dia, Dia yg akan bagi. cubala minum, plg kurg utk 3-4bulan. anda akn rasai kelainannya. haha. promote2,jgn x promote.. itu br 1 produk.. nestum,madu lebah,roselle,ayam organik,Radix Fried Chicken lum cite lg ni.. byk lg produk2 HPA yg lain. xmmpu nk cite kt cni. ade sape bminat ke? klu ade,jgn malu2 bgtau ye. nnt ana cite dlm skop yg lbh luas lg ttg HPA ni. hehe. omputih pn minum kopi radix tau.. leh ckp Kedah lg tu.. "mai secawan!"
erm.. sbnrnye byk plan ana utk kerjaya ni. baik dr kategori makan gaji, mahupun bisnes. ade la dlm kepala ni bbrp perancangan. tp smuanya bgantung pd masa, situasi n rezeki dan plg utamanya dgn izin Allah.. klu Allah kata jadi,maka jadilah.. tp klu Allah xkasi, means bukn rezeki kite la tu kn.. means bnda tu mgkn bukn yg trbaik utk kite.. n pasti ade lg yg lain yg lbh baik utk kite yg Allah dh sediakn.. sntiasala brsangka baik dgn Allah dn smua makhluq..
ana nk makan gaji.. tp lagi minat nk berbisnes.. lg pun,klu xsilap,ade hadith yg mengatakn 9/10 rezeki itu adlh dlm perniagaan.. klu sape tau hadith tu tolg bgtau ye.. bisnes ape nk wat?? adela bbrp bisnes yg brmain dlm fikiran ni.. if Allah izinkn, trcapaila nnt insyaaAllah..
Ya Allah, permudahkanlah urusanku seharian, urusan kedua ibubapaku, keluargaku, urusan sahabat2ku, guru2 dn pensyarah2ku, urusan pemimpin2ku, dn urusan smua Muslimin Muslimat d dunia ini. lindungilah kami,selamatkn kami. dariMu kami dtg,dn hny pdMu lah kami kembali. Ameen.
Ya Allah, gantikanlah apa yg telah aku hilang, dgn sesuatu yg lebih baik..
~rindu mama n papa d Penang. sabaq ya. nnt kakngah balik sana kita p pekena char koew teow bukit mertajam barang sepinggan.. hehe.. gak usah khuwatirin gwe ya mama sma papa. gwe d cni baik2 aja kok. Alhamdulillaah. gwe lg nyari kerjaan. lagian idup ini kn butuh uwang.. gak ada uwang yg turun dr langit kayak ujan turun dr langit.. gwe kangaaaan bangat ama mama dn papa.. makasih ya oma sma opa ats pengertiannya.. kita ketemu nnt.. kapan gwe udah beresin smua urusan d cni,kita pasti bisa sama2 lg.. waduuuhh.. gwe jd sebak bangat.. ya udah gwe minggir dlu.. maafin gwe.. permisi smua.. ----nk g tgk Aqso dan Madina kt TV9 jap.
Diposkan pada 19.5.09 oleh humyra
[NuRuL_AiZa_RaHaYu]
Monday, March 09, 2009
rahsia org YahuDi
Kenapa Yahudi sedikit tapi POWER!
Salam,
Saya ada terbaca satu artikel tentang kajian yang dibuat ke atas orang yahudi. Kajian ini dibuat oleh Dr. Stephen Carr leon. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ramai cendiakawan adalah dari bangsa Yahudi termasuk dalam bidang akautan, engineering, muzik, sains dan yang paling hebat adalah dalam bidang perniagaan. Kita semua pun mula sedar bila banyak antara produk di pasaran yang perlu kita boikot adalah rupa-rupanya dikeluarkan oleh orang Yahudi. Bukan setakat produk malah kedai tempat kita 'Shopping' pun adalah milik mereka seperti TESCO, CAREFOUR, STARBUCK dan banyak lagi.
Tapi apa yang saya nak kongsi dengan anda semua adalah hasil kajian tersebut sebab nak suruh kita orang Islam tiru. Tak salahkan tiru yang baik supaya kita hebat seperti mereka malah kita boleh jadi lebih hebat dari mereka sebab kita adalah orang Islam yang punya iman!
Sebagaimana yang kita tahu orang Islam lebih jauh ramai daripada orang yahudi di dalam dunia ni, tapi kenapa mereka lebih hebat dan menguasai dunia dalam apa bidang sekalipun??? Adakah ini kebetulan??? Kalau nak tahu, baca seterusnya.
Hasil tesis Dr. tersebut menyatakan orang yahudi ni sangat menjaga keturunannya. Dari awal mengandung si ibu akan bermain muzik seperti piano dan alat-alat muzik lain. Selain daripada itu si bapa pula akan membelikan buku matematik supaya si ibu dan ayah akan membuat sebanyak mungkin latihan sepanjang kehamilan. Mereka akan membawa buku itu kemana saja. Bila ditanya kenapa mereka membuat latihan tersebut, mereka katakan supaya anak di dalam kandungan menjadi genius bila dewasa nanti.
Pemakanan ketika mengandung pula mereka sangat gemar memakan kacang badam dan susu bercampur kurma. Pada waktu tengah hari pula mereka akan makan roti bersama ikan (tanpa kepala) serta salad yang digaul dengan pelbagai jenis kekacang termasuk badam. Kata mereka daging ikan sangat baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi bahan kimia yang dapat memberi kesan yang tidak baik kepada anak didalam kandungan. Katanya lagi ini adalah adat orang yahudi dan menjadi kemestian bagi mereka sentiasa memakan pil minyak ikan bila mengandung.
Ketika Dr ni diundang makan ke rumah orang yahudi, dia melihat menu, orang yahudi ni sangat suka makan ikan dan mereka biasanya tidak mencampurkan makan ikan bersama dengan daging kerana campuran keduanya akan memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan. Biasanya salad bersama kekacang terutama kacang badam mereka tidak akan tinggalkan dalam menu harian mereka.
Mereka juga akan makan buah terlebih dahulu sebelum makan hidangan utama. Kata mereka dengan memakan makanan berkabohidrat terlebih dahulu seperti nasi dan roti akan menyebabkan rasa mengantuk dan lemah fikiran untuk belajar.
Jangan sesekali merokok di dalam rumah orang yahudi kerana mereka akan menghalau anda keluar.Hasil kajian dari universiti Israel menyatakan bahawa nikotin dalam rokok boleh merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa keturunan yang cacat otak (Bodoh atau lembab!), satu penemuan yang amat dahsyat oleh saintis. Para perokok ambillah perhatian dengan info ini. Ironinya pemilik dan pegeluar rokok terbesar dunia adalah siapa??? Lu fikir lah sendiri...
Di tadika anak-anak orang yahudi pula, pemakanan mereka cukup terkawal. Makanan awal adalah kacang badam dan buah-buahan. Kanak-kanak juga diberikan pil minyak ikan. Dari segi bahasa pula mereka biasanya belajar 3 bahasa yaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dari awal lagi. Mereka juga dilatih bermain violin dan piano, ini adalah satu kewajipan. Bagi mereka bermain muzik dapat meningkatkan IQ.
Dari darjah 1-6, kanak-kanak ni diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains sangat diberi keutamaan. Hasil kajian menunjukkan IQ kanak-kanak California 6 tahun kebelakang berbanding kanak-kanak Yahudi! mereka juga sangat mengalakkan sukan memanah dan menembak kerana sukan ini melatih otak untuk fokus.
Disekolah menengah pula pelajaran sains sangat ditekankan dan mereka dilatih untuk mencipta produk. Setiap projek walau kelihatan lucu dan mengarut ianya akan diberi perhatian terutama jika ianya berupa senjata, perubatan, engineering. Idea itu akan dibawa ke universiti mereka.
Satu lagi adalah fakulti perniagaan. Mereka begitu agresif dan serius tentang perniagaan. Pada tahun akhir pengajian di Universiti , para penuntut dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya untuk lulus. Setiap kumpulan (10 Orang) akan lulus hanya setelah mendapat keuntungan US1 juta! Ya itulah kenyataan kenapa yahudi dapat menguasai ekonomi dunia! dan betapa banyak produk di dunia sekarang sebenarnya adalah hasil ciptaan pelajar diuniversiti Yahudi!
Macam mana pula dengan ibadah orang yahudi? Anda pernah melihat bagaimana mereka menggoyangkan kepala apabila melakukan ibadah? menurut mereka, dengan menggoyangkan kepala dapat mengaktifkan otak dan menambahkan oksigen di otak mereka.
Dr. Stephen telah membuat kesimpulan bahawa untuk melahirkan anak dan keturunan yang bijak ia tidak boleh berlaku dalam waktu yang sekejap. Ia memerlukan masa dan mungkin perlu untuk beberapa generasi.Ia perlu bermula daripada awal ibu mengandung, cara pemakanan sehinggalah pendidikan yang berterusan.
Jadi apa ditunggu lagi... Mari kita sama-sama sebarkan maklumat ini kepada seramai mungkin umat Islam yang ramai tapi sangat lemah sekarang tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh baginda Rasulullah bahawa umat Islam ramai tapi hanya seperti buih-buih dilautan...
~humyra' : utk prkongsian. artikel ni dicopy dr blog isuwanita39.blogspot.com/ .
Diposkan pada 9.3.09 oleh humyra
[NuRuL_AiZa_RaHaYu]
Friday, March 06, 2009
bahaya MicroWave !
Mengapa Ketuhar Gelombang Mikro Bahaya?
Ketuhar gelombang mikro (KGM atau microwave oven) ialah antara peralatan moden yang popular di kalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan.
Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata. Lebih-lebih lagi amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur terutamanya. Para ibu dan isteri hanya perlu memasukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya. Sekelip mata makanan panas sudah pun terhidang. Justeru hampir setiap rumah kini memiliki KGM.
Cara Masak Melawan Fitrah
Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan KGM, makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas dibahagian dalam dahulu barulah haba bergerak ke luar.
Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam KGM untuk satu tempoh yang agak lama, katakan sejam. Walaupun kelihatan seperti belum masak, tetapi jika dibelah tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang.
Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah lazimnya membawa keburukan.
KGM Pengancan Nyawa
KGM diperkenalkan kepada orang ramai pada sekitar pertengahan 1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma kebelakangan ini barulah pelbagai kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesannya kepada kesihatan manusia.
Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat berbahaya. Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja. Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan KGM turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang mengancam nyawa.
Tidak hairan jika golongan remaja hari ini ramai yang diserang sakit jantung dan orang muda seawal usia 20-an dan 30-an mati akibat kanser.
Makanan Jadi Toksik
Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan.
Molekul-molekul ini "dipaksa" berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi. Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia.
Badan Tidak Kenal Makanan
Yang dibimbangkan tentang penggunaan KGM bukan radiasi yang terhasil tetapi bagaimana ia merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan.
Kerana tidak mengenali makanan, badan betindak menyalutinya di dalam sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap "makanan mati" atau badan mengumuhkannya dengan pantas.
Sungguh pun telah banyak bukti saintifik yang didedahkan oleh saintis akan bahaya penggunaan KGM, para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana keuntungan yang diperolehi daripada penjualannya yang berlipat ganda.
Penemuan Mengejutkan
Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak menggunakan KGM dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidamt di sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan secara luar tabi'i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry.
Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan KGM terhadap 8 individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan yang dimasak menggunakan KGM. Blanc dan Hertel mendapati paras hemoglobin mereka menurun. Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan masakan KGM cenderung mendapat anemia (kurang darah). Situasi ini bertambah jelas pada bula kedua penyelidikan.
Itu baru dua bulan, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan malah bertahun-tahun? Sepuluh Sebab Ketuhar Gelombang Mikro (KGM) Mesti Dibuang
Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini:
1. Makan makanan yang melalui proses KGM menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia "memendekkan" utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak). 2. Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam KGM. 3. Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro. 4. Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia. 5. Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya. 6. Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat. 7. Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini. 8. Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia. 9. Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah. 10. Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan.
~humyra' : aritu ade trbaca dlm 1 majalah,tp da lupe mjlh ape. so search kt internet,tgk2 jumpe. ni skit pkongsian bg mereka yg ske sgt gune microwave ni. haaa.. nk gune microwave lg x pasni?? tepuk dada,tnya iman. beres..
Diposkan pada 6.3.09 oleh humyra
[NuRuL_AiZa_RaHaYu]
Thursday, March 05, 2009
Kau Umpama E P A L ~
"Mengantuknya! " jam di meja telah menunjukkan angka satu pagi. "Banyak lagi tugasan yang nak kena buat ni. Esok kena tunjuk pada penyelialab EMD" rungut hati kecilku. Tidak dapat dinafikan. Waktu-waktu beginilah yang sering menjadi waktu `favourite' bagi mahasiswa untuk `run' sel neuron otak ataupun `defragment' semula fail-fail yang telah di'save' pada sesi siang hari. Adakalanya di waktu begini juga kerap mahasiswa menterpaksakan diri untuk melakukan tindakan `search' ilmu yang telah di'save' untuk di'paste'kan ke atas sekeping kertas putih.
"Ayat apa ni? Arghhh! Peningnya". Sukar sebenarnya untuk memahami ayat kejuruteraan. Perlukan pemahaman yang jelas, ilmu yang luas, kajian yang ada `class'. Tatkala situasi `tidak faham' bertembung dengan `mengantuk', pastinya minda memerlukan sesuatu yang mampu memanaskan semula urat saraf pemikiran ini. Mata berkeliaran di atas meja. Ha! Rubik!... Yes! Tangan terus mencapai benda berwarna-warni itu.
Tapi, Isyh! Tak boleh. Nanti ada individu hentam dalam YahooGroup pulak. Rubik kembali ke `pangkal jalan'. "Nak minum Kopi Radik pun, dah lama terputus bekalan. Lainlah kalau PJI Tech nak bagi free". Senyum sendirian. Minda ini bagaikan inginkan sentuhan aroma kopi sahaja waktu ini. Waktu begini semua kedai sudah tutup. Syiling dicatur dan langkah diatur. Menuruni anak tangga di kelompok Amanah dengan penuh suasana romantis. Tujuan utama adalah mesin air. Setibanya di hadapan mesin air tersebut, kepingan-kepingan syiling itu di'tabung'kan, butang `Ali Cafe' di tekan. Secawan `Ali Cafe' berada di genggaman. Memilih untuk dihabiskan di kawasan kafeteria sahaja. Malas pula nak dibawa naik ke bilik. Memilih tempat duduk di sudut yang paling selesa. Air diteguk sambil minda mencari ilham yang mungkin bisa dijumpai secara `Adhoc'. "Mai Secawan!". Bergurau sendirian. "Kalau ada kawan waktu ini, bolehlah juga diajak bersembang. Waktu macam ni, manalah ada sesiapa. Bergurau dengan diri sendiri saja lah". Getus hati ini.
"Assalammu'alaikum, Bang Azri". Huh! Terkejut aku.
"Wa'alaikummussalam . Oh! Hang rupanya! Tak tidoq lagi ka?" soalku untuk memulakan Sembang Pagi.
"Kalau saya dah tidur, tak lah saya ke sini" Ujarnya sambil tersenyum.
Mohd Khairil Faiz, sahabat prospek yang ku kenali di kolej kediaman.
"Lama lagi tak duduk kat sini?" soalnya.
"Sampai abis minum kopi. Pasai apa?".
"Tunggu sini jap, saya nak beli air jugak" langkah yang sama diambil olehnya. Sebentar kemudian dia kembali duduk di hadapanku. Agak lama bersembang. Akhirnya dia memulakan satu persoalan.
"Bang, saya nak tanya satu soalan. Seandainya abang mengembara ke tempat yang jauh, abang tak makan dan minum selama satu hari. Tiba-tiba abang nampak satu pokok epal. Pokok tu penuh buah epal. Takde pemilik. Abang nak pilih buah epal yang ada di bahagian mana?" soalnya.
Mindaku mencari-cari jawapan. Teka-tekikah ini? Aku jawab secara logistik. "Kebiasaannya kita akan pilih yang paling bawah." Aku mengharapkan itulah jawapan yang tepat. "Kenapa yang paling bawah?" Soalnya semula. "Senang dapat" Pintasku dengan penuh keyakinan.
"Sebenarnya, wanita ibarat buah epal. Lelaki pula ibarat pengembara. Dan kebiasaannya juga kita akan ambil sesuatu yang paling mudah untuk kita dapat sedangkan buah epal yang paling atas adalah yang paling berkualiti". Pergh!!! Analogi lagi!
"Takkan kita nak ambil yang senang dapat kan? Pengembara datang lalu lalang sentuh buah epal kemudian pergi. Jadi, buah epal yang berada di paling bawah kita tak tahu pun berapa ramai pengembara yang dah sentuh. Kita sepatutnya cuba sediakan tangga yang kukuh untuk capai buah epal yang berada paling atas. Sebab buah epal itulah yang paling berkualiti dan menjadi impian semua orang". Fuh! Siapa naqib dia ni? Nak kena belasah agaknya, buat modul `buah epal' tak bagitahu aku! Kan dah kena tazkirah. Haha... Padan muka aku! Apalah sangat analogi `Rubik' jika nak dibandingkan dengan analogi `Buah Epal'.
"Layak ke kita nak capai buah epal yang paling atas? Subuh pun susah nak bangun, macammana nak bina sebuah tangga yang kukuh?" Soalku memancing pendapat. "Itulah pasal. Nasiblah kalau kita dah cuba bina tangga yang kukuh, tiba-tiba ada orang lain datang bawa tangga dia dulu. Tak pasal pasal dia pula yang dapat" Katanya sambil ketawa. Seketika kemudian sahabat prospek ini mohon untuk pulang. Ada kerja yang perlu diselesaikan sebelum menjelang subuh esok katanya. Salam disambut. Bayangannya hilang dari pandangan.
Kini, aku keseorangan menghabiskan sisa-sisa kopi yang masih ada. Fikiranku melayang, aku memilih berdasarkan nafsu? Astaqfirullah. .. Aku mohon kepada Allah agar dijauhkan dari nafsu yang membelenggu ini. Layakkah aku mendambakan epal yang paling atas sedangkan sewaktu program semester lepas pun `pumping' baru 25 kali dah nak balik? Mengeluh sendirian. Aku perlu berubah. Aku juga perlu mengumpul kekuatan untuk membina sebuah tangga yang kukuh. Dapat miliki epal pada bahagian hampir atas pun sudah memadai meskipun aku tidak dapat memiliki epal yang paling atas. Bukan mudah untuk melukis pelangi di langit yang tertinggi jika tanpa hadir gerimis dan sinar mentari yang mengiringi. Bukan juga mudah untuk memiliki mutiara kasih jika tanpa diselami lubuk hati nurani ke dasar rasa yang paling dalam. Hanya Allah sahaja yang mengizinkan samada untuk mewujudkan pelangi ataupun menghadirkan sebutir mutiara kasih untuk kita. Air kopi dah habis. Aku perlu pulang ke bilik untuk meneruskan perjuangan yang masih panjang.
Ingatlah wanita di luar sana. Tinggikanlah darjatmu. Jangan biarkan anda terus menjadi individu yang hanya menjadi sentuhan sang pengembara. Kerana "Kau Umpama Epal".
"Perempuan-perempua n yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia." (An Nuur, 24:26)
~humyra': ana copy paste artikel ni dr YahooGroups PPIUniten yg d post oleh sorg muslimin PPI. thanx bro. smoga sikit sbyk dpt djdkn iktibar n renungan utk kita yg sllu lalai n alpa. syukran
Diposkan pada 5.3.09 oleh humyra
[NuRuL_AiZa_RaHaYu]
Wednesday, February 25, 2009
Hakikat tudung
Sempena program Serikandi yg bakal brlangsung minggu dpn,ana ingin kongsikan satu kisah utk dijadikn pedoman oleh smua kita yg brgelar Wanita, Perempuan, Nisa', Muslimah,Mukminah.InsyaaAllah.
Hakikat bertudung.. sekalipun yang bertudung, masih tidak mengerti.. =(
Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.
Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.
Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan2 annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"
Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya "Ya Allah,kenalkan annisa dengan hukumMu".
Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu & tuli.
Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya,"abang, betul ke 0rang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri.Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?
Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh..... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah 100% !
Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat,dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan.. Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..
Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan,kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana , saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.
Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...
Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik.Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini… Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini:
Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)
Annisa : aku hairan,wajah wanita ini .. cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"
Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati
Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik
Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak.. siapakah yang boleh menolaknya?
Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung .. pendapat mak cik bagaimana?
Isteri jiranku : Nisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita ..
Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..
Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami
Annisa : apakah hakikat tudung ?
Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk,lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh,lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu,lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung
Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi,macam mana saya nak buat semua tu?
Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' > hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.
Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya , anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi , antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini,entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa,Yang Maha Besar ,Yang Maha Kuat ,Yang Maha Agung. . . .Allah SWT .
Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.. Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu
"buta, tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yg mengundang dosa dan sia-sia"
Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT menerima adikku disisinya..Amin
Subhanallah ..ana harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua. Wassalam.
~humyra: kisah ni ana petik dari sbuah blog sahabat ana.smoga mnjadi iktibar n teladan bg kita smua trutama para Muslimah yg ana kasihi skalian..syukran.
Diposkan pada 25.2.09 oleh humyra
[NuRuL_AiZa_RaHaYu]
Friday, February 20, 2009
Serikandi 20O9 - Helwani PPI Uniten
Assalaamu'alykum wbt.. djemput smua ke program Serikandi 3rd Edition 20O9 anjuran Hal Ehwal Wanita Islam (Helwani) PPI Uniten dgn krjasama bbrp kelab dan tajaan oleh TNB dan Aniqah. djemput dtg beramai2. bwk adik kakak abg mummy daddy makcik pakcik atuk nenek paklang maklang pakngah makngah paklong maklong dn sume2 yg boleh d bwk. c u there! insyaaAllah. utk keterangan lanjut, sila rujuk http://serikandiuniten.blogspot.com/
Diposkan pada 20.2.09 oleh humyra
[NuRuL_AiZa_RaHaYu]