~~~~~AsSaLaMu'ALaiKuM WaRaHmAtULLaHi WaBaRaKaTuH~~~~~













~Alhamdulillaah~



..DeMi MaSa..



Tengoklah dengan mata,
Lihatlah dengan hati,
Renunglah dengan akal,
Fikirlah dengan iman.


|~ikHWaNuL MuSLiMiN~|


Happy moments, praise Allah.
Difficult moments, seek Allah.
Quiet moments, worship Allah.
Painful moments, trust Allah.
Every moment, thank Allah.


|~LiNkS~|





Cakk!...


SeErat SimPuLaN
   SeiNteAm ukHuWwaH




   

<< May 2013 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31


BaiTuL MuSLiM


Dinikahi seorg wanita itu
krn 4 perkara : hartanya,
keturunannya,kecantikannya &
agamanya.Maka pilihlah hal
agamanya,maka beruntunglah
kedua-dua tanganmu..


Bkn harta yg diperlukn,
bkn keturunan yg
mjadi keutamaan,
bkn kecantikan yg diidamkn,
tetapi kefasihan agama
itu yg didambakn.
Itulh hikmah sekufu
yg mjadi asas usrah
muslim antara aku,kau
dan anak2 pewaris
ketauhidan Islam dlm
mengESAkan Allah Yg Satu
.

"kadang-kadang ALLAH
hilangkan skjp matahari,
kemudian DIA datangkn
guruh dan kilat..puas kita
menangis mencari mana
hilangnya matahari...
rupa-rupanya ALLAH
nak hadiahkan kita
pelangi yang INDAH.."


~H U M Y R A'~


DOA SEORANG KEKASiH

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan ..
Dia milikku, tercipta untuk diriku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku ..
Titipkanlah kebahagiaan..

Ya Allah, ku mohon…
Apa yang telah Kau takdirkan..
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku..
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku..
Pelihara daku dari kemurkaanMu ..

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah..
Beri kekuatan jua harapan..
Membina diri yang lesu tak bermaya ..
Semaikan setulus kasih di jiwa..

Ku pasrah kepadaMu ..
Kurniakanlah aku..
Pasangan yang beriman..
Bisa menemani aku..

Supaya ku dan dia..
Dapat melayar bahtera..
Ke muara cinta yang Engkau redhai..

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih..
Engkau sahaja pemeliharaku..
Dengarkan rintihan hambaMu ini..
Jangan Engkau biarkan ku sendiri..

Agarku bisa bahagia..
Walau tanpa bersamanya..
Gantikanlah yang hilang..
Tumbuhkan yang telah patah..

Ku inginkan bahagia..
Di dunia dan akhirat..
PadaMu Tuhan ku mohon segala.
.




~to love someone is NOTHING,to be loved by someone is SOMETHING,to be loved by someone u love is EXCITING,to be loved by ALLAH is EVERYTHING.~




[ mawarmerah85 ]


My Heart Is Loving You
My Heart Is Just For You
Loving You ALLAH I Will Try
To Get Close To You...




DAMBA KASiH

Semakin jauh ku dariMu
Semakin dekat pula
Kau menghampiri daku
Oh Tuhan Yang
Maha Pengasih
Siapalah diriku
di pandanganMu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula
Kau mendugai aku
Oh Tuhan Yang
Maha Sempurna
Kerdilnya diriku
d hadapanMu

Bagaimanakh nantinya
tika bhadapan denganMu
Sudikh Kau menerima
hambaMu yg hina ini
Ya Allah Kau
Maha Pengampun

D bayagan mentari
aku kealpaan
Dusta dunia
penuh kepura2an
D kala dini hari
aku kepasrahan
Mendamba jernih embun
ksh sygMu Oh Tuhan

Andai dhitung amalanku
Belum pasti dapat
kuhmpri grbg syrgaMu
Oh Tuhan Yang
Maha Pemurah
Hindari diriku
dari siksaMu.Oh Tuhan

Kasih sygMu Tuhan
Itu yg ku dambakn
Dengan rahmatMu
ampunilah diriku..


.::CINTAMU::.

aku ini adalah diriMu
cinta ini adalah cintaMu
aku ini adalah jiwaMu
cinta ini adalah cintaMu
dgn tanganMu aku menuntun
dgn kakiMu aku berjalan
dgn mataMu aku memandang
dgn telingaMu aku m'dengar
dgn mulutMu ku berbicara
dgn hatiMu aku merasa
owh...tak ada yang lain
selain diriMu..
yang selalu kupuja
kusebut namaMu
d setiap hembusan nafasku
ku sebut namaMu
kusebut namaMu



:: Andai hatimu di belenggu
kapayahan dan keresahan,
ubatilah ia dengan
membaca Kalamullah,
Sesungguhnya Kalamullah
adalah sebaik ubat
bagi mengubati hati ::






Aku Telah Rela Dengan
Allah Sebagai Tuhanku,
Dan Islam Sbg Agamaku,
Dan Dgn Muhammad SAW
Sbg Nabi Dan Rasulku..




III .::DeNgArKaN::. III


»RADIO IKIM«
<a href='http://cybermedia.mmu.edu.my/ext/ikimfm.asx' rel="nofollow">Play Radio IKIM.fm</a>








Nabi S.A.W bersabda
yang bermaksud:
"Terdapat 99 bahagian
tarikan pada wanita
berbanding lelaki,
lalu Allah kurniakan
ke atas mereka
sifat malu."

( Riwayat Baihaqi )


" Bole jadi kamu
membenci sesuatu,
pdhl ia amt baik bgmu,
 bole jadi kamu
menyukai sesuatu,
pdhl ia amt buruk bgmu.
Allah Maha Mengetahui,
sdg kamu x mngetahui.."

(SuratulBaqarah,216)


"Apabila salah satu pintu
kebahagiaan tertutup,
yang lain akan terbuka
tapi lazimnya kita akan
memandang pintu yang
telah tertutup itu t'lalu lama
hinggakn kita tidak nampak
pintu yang telah pun
dibukakan untuk kita.."

~H U M Y R A~


Cantik wanita krn
keJERNIHan wajah,
Manis wanita krn
SENYUMan indah,
Ayu wanita krn
SEDERHANA lahiriah,
Hebat wanita krn
SABAR & TABAH,
Mulia wanita krn
keIMANan yg teguh...


Bila dua insan
menyintai Ilahi
Bergabung jiwa
Bersatu hati
Dua jiwa satu cinta
Dua jasad satu matlamat

Bila cinta krn Allah
berpisahnya x gelisah
Bila rindu krn Yg Satu
brtemu psti x jemu

Ukhuwwah itu indah
Bila brtemu&brpisah
Kerana ALLAH


Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya ,lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

~~~Hawa,andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu,andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah. ~~~



NURUL IMAN

rindu kekasih yg syahdu nian
btemankn kau d kamar hati
nurul iman oh dikau penyeri
kegelapan d kala mcari

gmersik alunan cinta bputik
mharap psmpgn idaman hati
memenuhi fitrah insan sejati
keayuan anugerah Ilahi

nama yg t'ukir d pohonn suci
bernaung sebuah keikhlasan

engkau t'senyum ceria
ku keharuan
dan bersemi cinta
selama-lamanya

dia milik insan yg
mendamba kebahagiaan
sebelum sesudahnya
tercapai impian murni
kekasih hati
cinta yg diredhai
ucapkanlah kalimah
yang ku rindu..


.:::RiNDu PaDaMu:::.


Ya Allah.Ya Ilahi.Rabbul'izzati

Tiada sehari yg berlalu..
Tanpaku mengingatiMu..
Rindu padaMu..
Sentiasa mndambakan
Kasih dan sayangMu..

Semalam aku b'mimpi
Di dalam hujan ku blari
Berlari..mencari..
Memanggil2 namaMu..
NamaMu yang sempurna

Kuharap & kuberdo'a..
Semoga dapat brsua dgnMu
Tiada kata yg dpt m'gmbrkn
Perasaan yg kualami..
Cintaku ini tiada brbelah bagi
Cinta yg suci & abadi..

Rindunye...
.



* Tundukkan pandanganmu
* Tegaskan kalimahmu
* Teguhkan pendirianmu





rss feed



Saturday, May 21, 2005
jAtUh CiNtA ? UwEkK .. (ceyy..)

1)Kepada yg masih SINGLE...
Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau
biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga.
Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta
itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.

2)Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN...
Cinta bknnya mencari seseorang yg "SEMPURNA",tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.

3)Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...
Jgn katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tdk benar2 peduli.Jgn
bicarakan soal perasaan bila itu tdk benar2 ada.Jgn kau sentuh hidup
seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya.Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan.Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta,sedangkan kau tdk berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

4)Kepada yg PATAH HATI...
Sakit..patah hati..bertahan selama kau menginginkannya dan akan
menghiris luka sedalam kau membiarkannya.Persoalannya,bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu,tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.

5)Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA...
Bagaimana kalau jatuh cinta?Mahu jatuh,jatuhlah!Tetapi,jgn sampai
terjerumus.Biar selamba tp stabil.Berkongsilah tetapi jgn tak adil.
Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2.Bersedialah utk terluka dan menderita,tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.

6)Kepada yg ingin MENGUASAI...
Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain,tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu.

7)Kepada yg takut MENGAKUI...
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang.Tetapi,
lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu.
Tetapi,cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai,langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI...

Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh
cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak.Biarkan dia pergi dan lupakan.




~~~uHiBbUkA AbAdAn aBaDaA~~~

Diposkan pada 21.5.05 oleh humyra
  [NuRuL_AiZa_RaHaYu]

Friday, May 20, 2005
AdA aPa DeNgAn CiNtA?MaCaM-mAcAm AdAa..

Soaljawab Bersama Ustaz Wan Akashah W.Abd.Rahman
Sumber : majalah ANIS : MAC 2002

SOALAN :

1. Apakh hukumnya jika kita mengharapkn cinta daripada seseorg,
d mana bkn brmaksud untuk mengetepikan cinta kpd Allah?

2. Apakah pandangan ustaz mengenai cinta sebelum kahwin,
adakh m'jamin kebahagiaan.Serta bagaimanakh cinta menurut pandangan Islam?

JAWAPAN:

1. Hukumnya adalah harus kerana cinta adalah perasaan jiwa dan
tarikan hati.Hati seseorang yg mengenal cinta akan tertarik kepada yg
dicintainya dgn penuh perasaan dan kegembiraan.Cinta merupakan
perasaan semulajadi (fitrah) yang menjadi sifat manusia.Manusia yg
mula tersangkut cintanya selalunya akan bersungguh-sungguh untuk
mencapai keinginannya tanpa melanggar batas-batas agama bagi
membentuk kehidupan yang bersih dan penuh ketakwaan.

2. Cinta sebelum kahwin tidak menyalahi agama kerana cinta sebelum
kahwin adlh salah 1 faktor yg boleh m'jamin kebahagiaan rumahtangga,
tetapi percintaan itu biarlah tidak terlalu lama dan mengikut batas-batas
agama.Islam dgn hakikat naluri smulajadi manusia m'iktiraf cinta yg b'semi
pd seseorang individu bahkan tlh digariskn kpd kita 3 peringkat cinta;cinta
paling agung,cinta pertengahan dan cinta yg paling rendah yg telahpn dilalui
oleh umat manusia dari dahulu dan juga akan datang sehinggalah Allah
membinasakan bumi ini.3 peringkat cinta ini terdapat di dlm firman Allah
Taala:"Katakanlah:'Sekiranya bapa2 kamu,anak2 kamu,isteri2 kamu dan
kaum kerabat kamu,harta kekayaan yg kamu usahakan,pniagaan yg kamu
takuti kerugiannya dan tempat tinggal yg kamu sukai,adalah lebih kamu
cintai drpd Allah dan rasulNya,serta jihad pd jalanNya,maka tunggulah
sehingga Allah datangkan keputusanNya.'Dan Allah tidak m'beri petunjuk
kepada golongan yg fasik."(At-Taubah:24) Cinta paling agung ialah cinta
kepada Allah dan rasul-Nya dan berjihad pada jalan Allah.Cinta pertengahan
ialah cinta dan kasihkan ibu dan bapa,suami,isteri,anak-anak,saudara-mara,
dan juga kaum kerabat, manakala cinta yg paling rendah nilainya ialah t'lalu
mencintai dan mengasihi kaum kerabat dan harta benda melebihi drpd kasih
Allah dan rasulNya serta berjihad pada jalan Allah.Kesimpulannya,Islam sbg
agama suci m'iktiraf masalah cinta ini krn ia merupakn fitrah semulajadi
manusia.Manusia tidak dapat lari drpdnya kerana ia adalah suatu hikmat yg
Allah kehendaki sebagaimana firmanNya:(Tetaplah atas) fitrah Allah yang
telah menciptakan manusia menurut fitrah itu.Tidak ada perubahan pada
fitrah Allah." (Ar-Rum:30)Wallaahu'a'laam..



~~~~Moga bertemu CINTA yang teragung~~~~

Diposkan pada 20.5.05 oleh humyra
  [NuRuL_AiZa_RaHaYu]

Thursday, May 19, 2005
.. SiApALaH KiTa ..

Siapalah kita
Hendak bermegah dgn kekayaan
Walhal pd bila2 masa
Mgkn akan kehilangan

Siapalah kita
Hendak berlagak pandai
Padahal ilmu hanya setitis
Dari air di tepi pantai

Siapalah kita
Hendak memilik sesama insan
Sedang takdir yang tersurat
Hanya Allah yg tentukan

Sebenarnya kita x punya apa
Hanya mampu mgharap belas
Rasanya x terhitung nikmat
Mungkinkah dapat terbalas


~~~~Siapalah aku d pandanganMu~~~~

Diposkan pada 19.5.05 oleh humyra
  [NuRuL_AiZa_RaHaYu]

Wednesday, May 18, 2005
.::MoHoN ReDhAMu::.

Ya Allah.. Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih


~~~ReDhAi DaKu SeBaGai hAmBaMu Ya aLLaH~~~

Diposkan pada 18.5.05 oleh humyra
  [NuRuL_AiZa_RaHaYu]

Tuesday, May 17, 2005
..Ya Allah..

Ya Allah ya Rahman
Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang
Sayangilah kami
Terutama ketika kami lali dan mabuk kepayang

Ya Allah ya Rahiim
Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Kasihanilah kami
Terutama ketika kami kalah dan tersisih

Ya Allah ya Malik
Wahai Tuhan Maharaja
Rajakanlah kami
Atas nafsu-nafsu kami yang manja

Ya Allah ya Quddus
Wahai Tuhan Yang Mahasuci
Sucikanlah kami
Dari kekotoran hati dan rasa benci

Ya Allah ya Salaam
Wahai Tuhan Yang Mahadamai
Damaikanlah kami
Dalam sanubari dan dalam kehidupan ramai



~~kumohon maghfirahMu,kumohon redhaMu,kumohon restuMu~~

Diposkan pada 17.5.05 oleh humyra
  [NuRuL_AiZa_RaHaYu]

Monday, May 16, 2005
ALLAH TAHU

Jika kau merasa lelah dan x berdaya dari usaha yg sepertinya sia-sia..

ALLAH tahu betapa keras engkau sudah berusaha

Ketika kau sdh menangis sekian lama dn hatimu masih terasa pedih..

ALLAH sudah menghitung airmatamu

Jika kau fikir bhw hidupmu sedang menunggu sesuatu
dan waktu terasa berlalu begitu saja..


ALLAH sedang menunggu bersama denganmu

Ketika kau merasa sendirian dan keseorangan..

ALLAH selalu berada di sampingmu

Ketika kau fikir bhw kau sudah mncuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apalagi..

ALLAH punya jawapannya

Ketika segala sesuatu mnjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan..

ALLAH dapat menenangkanmu

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan..

ALLAH sedang berbisik kepadamu

Ketika segala sesuatu brjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur..

ALLAH telah memberkatimu

Ketika sesuatu yg indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban..

ALLAH telah tersenyum padamu

Ingat bahawa di mana pun kau atau ke mana pun kau menghadap..

ALLAH TAHU..

~~~~~~~ Ya Allah..Ku Rindu PadaMu~~~~~~~

Diposkan pada 16.5.05 oleh humyra
  [NuRuL_AiZa_RaHaYu]

Sunday, May 15, 2005
@@@W.A.N.I.T.A@@@

Seorang wanita umpama...
Sekuntum bunga ditaman,
segar mewangi dipelosok dunia,
setulus kasih sesuci embun.

Lembut wanita kerana tutur katanya,
Mesra wanita kerana senyumannya,
Patuh wanita kerana setianya,
Cekal wanita kerana beraninya,
Sabar wanita kerana imannya

Kasih wanita kerana belaiannya,
Lemah wanita kerana airmatanya,
Ikhlas wanita kerana simpatinya,
Dendam wanita kerana cemburunya,
Sayang wanita kerana sifat keibuannya
dan tanpa wanita lelaki lemah
kerana wanita lelaki kalah...



~WaNiTa HiAsAn DuNiA,SeInDaH HiAsAn AdLh WaNiTa SoLeHaH~

Diposkan pada 15.5.05 oleh humyra
  [NuRuL_AiZa_RaHaYu]

Saturday, May 14, 2005
AnDaiNyA LeLaKi TaHu

Ketahuilah lelaki,
semakin kau lari,
semakin dia menghampiri
Usah dinafikan,
Ikutlah kata hati,
satu saat kau psti jua
akn bicara mengenai an-nisa

Usah dinafikan kata naluri,
Jangankan dikau manusia biasa,
Nabi Muhammad s.a.w pun sunyi tanpa an-nisa
Apa lagi yang tidak ada di syurga,
Nabi Adam masih juga rindukan Siti Hawa

Hakikatnya
Kami perlukan ar-rijal sebagai pemimpin sufi
Menelusi jalan yang penuh duri
Jangan jinakkan kami
dengan harta duniawi
Itulah punca kami menjadi liar
Jangan hiburkan kami dengan kecantikan
Itulah punca kami derita
Kenalkan kami dengan mahabbah fillah
Kenalkan kami dengan cinta Allah
Zat yang kekal
PadaNya kami berserah

Kami juga punyai hasrat,impian dan amarah
Jika di lorong itu
Kau cuma menjeling sepi
Siapa lg yg akn m'bongkar diskriminasi duniawi
Jika kami dah jelas bengkok
Kenapa tidak kau luruskan
Antara bohsia dan ar-rijal
Kenapa terlalu jauh dibezakan
Kalau pemimpin itu adalah syuhada
Jngn biarkn kami hanya kerana impian lelaki

Eksploitasi dan diskriminasi duniawi
Mengagungkan kami
Shgga lahirlh Aishwarya rai,Erra fazira,Jenniffer Lopez
Kamilah women gladiator
Di ceruk mana pentas dunia pun
Kamilah teratas
Tapi, hakikatnya akhlak kami di kaki lelaki
Kami derita dengan nama
Kami liar mengejar kemewahan
Tiada janji yang abadi

Jika cinta ini kosong
Huru-haralah masyarakat
Ibu kan kehilangan anak
Suami kehilangan isteri
Bapa kehilangan puteri
Bila kami derhaka
Duniamu akan huru-hara
Bila tulang rusuk menjadi rapuh dan patah
Rosaklah jantung, hati dan limpa
Inilah akibat kerana lelaki
Akibat kami tidak kenal Tuhan
Tidak kenal diri sendiri
Apalagi mengenal lelaki

Ketahuilah ar-rijal
Jika cinta ini subur padaNya
Bahagialah dan beruntunglah dirimu
Kamilah pencipta sejarah
Sejarah Rabiatul Adawiyah telah pun terbukti
Cinta pada Yang Esa tidak berbelah bagi
Sejarah Khadijah menuntut pengorbanan

Tiada apa yang kami harapkan
Jangan biarkan kami kecewa hanya kerana
Mata hatimu yang gagal mengenali kami
Kamilah insan terhampir denganmu
Kamilah ibu, kamilah anak, kamilah teman hidupmu
Semakin kau lari, semakin kami hampiri
Siramilah kami dengan sinar Islam
Pimpinlah kami bukan kerana rupa
Kerana hati ini lebih kekal dari yang sementara


~~~~~~~mahabbah fillah~~~~~~~

Diposkan pada 14.5.05 oleh humyra
  [NuRuL_AiZa_RaHaYu]

Friday, May 13, 2005
DiaRi iStEri SoLeHaH

4.30pagi

Terasa hangat kucupan pada dahi ini.Ku lihat zauji di sebelah sudah siap berjubah putih dan berkopiah.Lantas daku hadiahkan sekuntum senyuman buat zauji.Sungguh semangat dia pagi itu.Mungkin kerana malam semalam dia tidak ada tugasan di luar.Kalau tidak nampak juga wajah keletihannya jika pulang lewat dari mesyuarat atau usrah cawangan.Namun, ianya tidak pernah tinggal.Ya Allah, bersyukurnya aku padaMu kerana dikurniakan aku seorang suami yang soleh.Kau tetapkanlah imannya,kekalkanlah ketaqwaannya padaMu,dan eratkan lagi kasih sayang yg telah Engkau berikan kepada kami. Ameen!

6.30pagi

Selesai menunaikan solat subuh dan mengaminkan doa kudus zauji,seperti biasa zauji akan memberikan sedikit kuliah buatku.Wajahnya sangat tenang.Walaupun ku tahu disebalik ketenangan itu terlalu banyak tugasan yang perlu zauji selesaikan.Jawatan sebagai Ketua Pemuda Kawasan membuatkan waktu untuk kami bersama amat terhad.Jadi, waktu beginilah zauji manfaatkan bersamaku.Aku redha dan pasrah,malah aku bangga miliki zauji.Dialah suamiku dunia akhirat.

8.00pagi

Pagi sabtu begini zauji ada mesyuarat mingguan di Taman Melawati.Lagipun pula sekarang sedang hangat isu pilihanraya umum,semakin sibuk insan kesayanganku itu,kekadang tak sampai hati melihat keadaan zauji.Ke sana dan ke mari menjalankan tugas.Namun tak pernah ia merintih dan mengadu.Aku persiapkan kelengkapannya untuk mnghadiri msyuarat.Baju dan seluarnya telah siap ku gosok.Kopiah, sapu tgn, dan stoking sudah pun kucuci,ku susun rapi di atas katil.Zauji kata hari ini dia perlu bawa fail Tarbiyyah dan Siasah.Aku capai fail2 yg sedia tersusun rapi di atas rak dan ku satukan bersama pen dan beberapa helai kertas kosong utk zauji membuat catatan dan ku letakkan ke dalam briefcasenya.
Aku bergegas ke dapur.Melihat pisang yg ku goreng.Zauji sedang menikmati teh panas,aku suakan pisang goreng ke mulutnya.Zauji tersenyum, katanya pisang gorengku sedap, lantas cubitan manjaku singgah ke pipinya yg semakin usang dibawa usianya yg semakin meningkat.
Ya Allah, bahagianya aku pagi ini.Kau lindungilah suamiku, permudahkanlah tugasnya dan peliharalah dia. Kekalkanlah kemesraan ini hingga ke akhir hayat kami.
Sebelum zauji pergi ke Taman Melawati, dia berpesan padaku agar menjaga diri baik-baik.Zauji berjanji akan pulang selepas sahaja habis mesyuarat.Aku betulkan kopiah zauji yg senget sedikit.Aku pastikan segala kelengkapan yang perlu zauji bawa tidak tertinggal.Aku kucup tangan kasar zauji yg telah banyak bersusah payah mencari rezeki untuk kami sekeluarga.Walau tak seberapa gaji zauji terima, namun keberkatan dari Allah, wang yang sedikit itulah mengajar kami bersifat zuhud dan bersederhana dalam apajua keadaan.Zauji mengucup dahiku.Sebak rasanya di dada.Aku rangkul tubuhnya yang nampak letih namun di dalamnya membara darah hangat semangat seorang pejuang yg bakal mengalir titisan saga seorang mujahid.Jelas di wajahnya kerisauan utk meninggalkan diriku berseorangan di rumah.Namun ku yakini zauji bahawa aku pandai menjaga diri.Zauji mengucapkan terima kasih kepada ku kerana menyiapkan kelengkapannya pagi itu dan sarapan untuknya.Sama-sama zauji,berjuanglah wahai mujahid Allah
.

10.00pagi

Alhamdulillah, Semuanya telah selesai.Baju sudah siap ku cuci dan ku sidai.Aku pastikan keadaan rumahku berada dlm keadaan bersih.Walau kecil rumah yg zauji sediakan untuk kami berteduh,namun aku tidak pernah merungut.Di rumah kecil inilah kami menyemai kasih sayang.Aku redha bahawa seorang isteri solehah tidak akan mengungkit-ungkit akan pemberian yg diberikan oleh suami, apatah lagi meminta-minta sesuatu yg diluar kemampuan zauji.
Selepas selesai segala kerja-kerja rumah, aku ke bilik khas tempat di mana zauji dan aku menyimpan fail-fail jemaah dan tempat kami berbincang.Rak buku yg mengandungi buku zauji dan buku ku yg kami kumpul sejak di universiti lagi.Zauji memang minat membaca.Aku membelek-belek planner dan sesekali aku mengerling ke arah jadual yg sedia terlekat di dinding.Sepatutnya aku ada usrah tetapi terpaksa dibatalkan.Waktu yg lapang ku cuba siapkan kerja-kerja zauji.Zauji kata, kalau ada masa lapang, buatkan teks tazkirah dan ceramah utknya.Zauji selalu juga mendapat undangan ceramah dan tazkirah setiap malam isnin, zauji akan memberi kuliah maghrib di surau berdekatan rumah kami.Zauji tahu aku tidak mempunyai ilmu yg mantap sepertinya, namun zauji selalu memberikan ku keyakinan padaku yg aku boleh.Jika ada kesalahan pada teks ku, zauji akan memperbetulkan dan memberi penerangan kepadaku
.

11.45 pagi

Zauji baru sahaja telefon.Katanya mesyuarat baru sahaja habis.Aku bergegas ke dapur melihat asam pedas yg ku masak tadi.Tentu zauji suka, aku pastikan segalanya dalam keadaan sedia.Diriku bersih dan terurus, itulah tanggungjawab seorang isteri.Kedengaran bunyi motor zauji dari kejauhan.Aku buka sedikit pintu, tersenyum zauji melihatku.Gembiranya hati ini melihat zauji tersenyum.Lapang rasa hati, tenang pula dijiwa.Aku sambut kepulangannya dengan mengucup tangannya.Zauji lantas memegang tanganku, dihulurkan satu bungkusan kepadaku.Di dalamnya ada sepasang jubah berwarna merah jambu.Aku senyum kepada zauji., tanda terima kasihku.
Ya Allah, semoga zauji menjadi suami yg soleh dan ku menjadi pendampingnya yg solehah.RedhaMu adalah kemuncak segala cita-cita, moga baitul muslim ini kekal hingga akhir hayat kami, amin
!

3.00petang

Petang ini seperti biasa zauji duduk bersamaku menyelesaikan tugasan jemaah.Zauji selalu berpesan kepadaku jika ada sesuatu yang perlu dibicarakan, maka luahkanlah, zauji memang tidak pernah mengabaikan perasaanku.Aku selalu meyakinkan pada zauji agar jangan risau tentang diriku.Aku takut diriku menjadi asbab akan gugurnya zauji dari perjuangan ini.Tidak ingin sekali-kali.
Ku dambakan hati setabah Khadijah,minda secerdik Aisyah,jiwa setenang Fatimah dan diri sehebat Sumayyah.Ingin aku hadiahkan ketabahan,kecerdikan,dan ketenangan itu kepada zauji.Moga zauji bangga memiliki zaujah seperti ku.Namun, kurasakan diriku amat kerdil dan jauh untuk ku capai maqam setinggi itu.Zauji selalu meyakinkan bahawa aku zaujah yang baik, itulah doa buatku, moga doa zauji dimakbulkan Allah
.

9.00malam

Malam ini zauji ada tugasan di luar.Zauji diarahkan ke Kelantan untuk menghadiri mesyuarat bersama Tuan Guru.Aku siapkan kelengkapannya.Zauji kata, urusan ini mengambil masa seminggu.Sedih juga di hati ini, tapi aku harus terima hakikat bahawa zauji bukan milikku seorang.Allah adalah punya mutlak zauji kesayanganku.Maka aku mesti redha miliki suami ahli gerakan Islam.Sebelum zauji pergi, zauji menghulurkan sampul surat kepadaku.Aku tersenyum, zauji pun tersenyum.Pastinya surat buatku.Zauji pasti akan mengarang surat untukku jika dia bertugas di luar.Zauji akan menasihatiku dan memberikan perangsang buatku.Terima kasih zauji.
Zauji semakin hilang di kepakatan malam yg hening itu.Dia pergi utk menunaikan tanggungjawabnya kepada Islam.Selamat berjuang wahai mujahid Allah!Aku sentiasa di sini menanti kepulanganmu dengan penuh ketabahan dan kesabaran.Ketahuilah zauji tercinta,tidak pernah walau sekelumit aku menyesal menjadi surimu walau selalu ditinggalkan.Malah, aku bersyukur dan merasa amat bangga kerana diizin Allah untuk bersamamu.Biarlah dunia ini penjara buat kita,namun di akhirat sana Allah pasti akan memberikan ganjaran pada hamba yg ikhlas dan sabar.


~Ya Allah..berikn ku kekuatan utk mnjadi isteri solehah..Aamiiin~

Diposkan pada 13.5.05 oleh humyra
  [NuRuL_AiZa_RaHaYu]

Thursday, May 12, 2005
KeRaNa KaU sUaMi

Kerna kau suami…
Ku harap kau mengerti,
Bahwa hidup ini
Tak semudah yang kita impikan

Kau ingin ku jadi wanita mulia…
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Ku harap kau mengerti …
Bahwa diri ini masih belajar
Membina kesempurnaan di sampingmu.

Kerna kau suami…
Ku harap kau mengerti bahwa hidup ini..
tak sekadar pertambahan usia
turut menambah ujian cinta
menuntut makna setia

Ku ingin kau jadi suami yang tabah
Membimbingku ke jalan Yang Esa
Membina rumahtangga kita di syurga

Andai ku pernah mengecewakan
Ia satu kesilapan.
Andai ku ada melukakan
Ia ketidaksengajaan
Degilku bukan tanda derhaka
Tapi nakalku yang masih bersisa

Di mata dunia ku bukan puteri,
Namun di matamu ku ingin jadi permaisuri
Aku tidak sempurna mana
Namun di hatimu,akulah teristimewa

Kerna kau suami…
Ku harap kau mengerti…
Akulah isterimu seadanya


~~~te amor~~~

Diposkan pada 12.5.05 oleh humyra
  [NuRuL_AiZa_RaHaYu]

Previous Page Next Page